Sunday 30 September 2012


1.0 PENGENALAN
Model reka bentuk pengajaran merupakan garis panduan ataupun satu set strategi yang menjadi dasar pendekatan pengajaran untuk seseorang pengajar. Ia membekalkan struktur secara langkah demi langkah "how to practice" dan "how to conduct".
Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta digemari oleh pelajar. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membina disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajaran dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan sistematik.
Gustafon telah membahagikan reka bentuk kepada tiga tumpuan,iaitu model yang.  berorientasikan bilik darjah, model yang berorientasikan produk, dan midel yang berorientasikan sistem. Terdapat banyak model reka bentuk pengajaran (Instructional Design Models), antaranya ialah Model ADDIE, Model ASSURE, Model Reka Bentuk Pengajaran, Dick & Carey , Model Reka Bentuk Pengajaran Dick & Carey , Model Reka Bentuk, Pengajaran Kemp dan Model ARCS.
Pada umumnya, semua RP memiliki ciri-ciri asas yang sama yang berdasarkan teori dan penyelidikan. Richey (1986) telah menggariskan enam elemen yang asas, iaitu menentukan keperluan pelajar, menentukan matlamat dan objektif, membina prosedur penilaian, mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian, mencuba sistem pengajaran dan menilai keseluruhan sistem.
Dengan kata lain, reka bentuk pengajaran ialah proses tiga peringkat, iaitu penentuan objektif yang jitu,perancangan pengajaran pembelajaran, dan penilaian pengajaran pembelajaran.


2.0 MODEL REKA BENTUK
            Reka bentuk pengajaran ialah satu proses sistematik menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran-pembelajaran kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran.
2.1 Model ADDIE
Model ADDIE merupakan proses generic yang perlu diubah suai sebelum dapat digunakan. Model ADDIE mengandungi 5 peringkat:
a)    analisis (Analysis),
-masalah pengajaran dijelaskan, objektif dan matlamat pengajaran
      ditetapkan. Persekitaran pembelajaran dan pengalaman sedia ada  
      murid juga dikenal pasti.
b)     reka bentuk (Design),
-       Memberi tumpuan kepada objektif pembelajaran, alat tafsiran, latihan, isi kandungan, perancangan pengajaran-pembelajaran, dan pemilihan media, Peringkat ini hendaklah dijalankan secara sistematik dan teliti.
c)    perkembangan (Development),
-Melibatkan pemilihan dan penyatuan isi kandungan dan teknologi. Program/ projrk akan melalui proses ujian dan percubaan. Hasil maklum balas daripada ujian dan pervubaan akan digunakan untuk menjadi program yang lebih baik.
d)    pelaksaan ( Implementation),
-Prosedur latihan dibentuk. Latihan termasuk memahami kurikulum, hasil pembelajaran, penggunaan media, cara penyampaian, dan proses penilaian bagi pelajar. Kesemua alatan hendaklah dipastikan boleh digunakan dan berfungsi.
e)    penilaian (Evalution)
-Merangukumi 2 bahangian, iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif dilaksanakan sepanjang proses ADDIE pada setiap peringkat. Penilaian sumatif diadakan dalam bentuk ujian untuk domain khusus dan ini merupakan maklum balas daripada pelajar.
Model ini adalah dinamik dan dapat diaplikasi untuk menyediakan modul atau program latihan efektif.
2.2 Model Assure
           Model ASSURE merupakan model RP berasakan bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancangkan pengajaran-pembelajaran dengan baik dan berkesan. Model ASSURE Mengandungi 6 langkah:
a)    Analisis cirri pelajar
b)    Nyatakan objektif pengajaran-pembelajaran
c)    Pilih media dan bahan pengajaran-pembelajaran
d)    Gunakan media dan bahan pengajaran-pembelajaran
e)    Libatkan pelajar dalam proses pembelejaran
f)     Nilai serta semak semula keberkesanan penggunaan media dan bahan pengajran-pembelajaran.

2.3 Model Gagne, Briggs dan Wager (1992)
Terdapat 8 peringkat:
a)    Peringkat 1 : Tentukan matlamat pengajaran
-Langkah-langkah yang perlu dilalui untuk mencapai matlamat dan komponnen khusus matlamat tidak perlu dihuraikan.
b)    Peringkat 2: Laksanakan analisis pengajaran
-Kenak pasti langkah pengajaran bagi mencapai matlamat pengajaran.
c)    Peringkat 3 : Kenal pasti tingkah laku/ cirri-ciri pelajar/pengetahuan
sedia ada pelajar.
-Guru mengambil kira dan merancang penyampaian pengajaran
selaras dengan pengetahuan dan kemahiran serta keperluan
pelajar.
d)    Peringkat 4: Bina objektif pengajaran-pembelajaran/ hasil
pembelajaran
-       Objektif pengajaran dan pembelajaran menjadi panduan untuk guru menyediakan ujian bagi menilai kerjayaan pengajaran dan pembelajaran.


e)    Peringkat 5: Pilih kaedah penyampaian
-Strategi pengajaran–pembelajaran yang memusatkan pelajar.
f)     Peringkat 6 : Sediakan bahan pengajaran
g)    Peringkat 7 : Rancangan dan laksanakan penilaian formatif
-Penilaian formatif memberikan maklum balas semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Maklum balas ini dapat digunakan untuk membetulkan atau menambahbaikan proses dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
h)   Peringkat 8 :Rancang dan laksanakan penilain sumatif
-Penilaian sumatif ialah penilai akhir kursus, unit atau peringkat pembelajaran yang memberikan maklum balas tentang berkesanan pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh.


3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran
:
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tema
:
Hidup Bersama Di Sekolah Dan Masyarakat
Tajuk
:
Pemeliharaan Kebersihan dan Keceriaan Persekitaran
Standard Pembelajaran
:
      i.        Melibatkan diri dalam penjagaan kemudahan awam dan persekitaran.
    ii.        Menjaga kemudahan awam dan persekitaran.
Tarikh
:
20 September 2012
Masa
:
9.30 pagi – 10.00 pagi (30 minit)
Tahun
:
Tahun 5
Bilangan Murid
:
20  ( L : 6  P : 14 )
Penerapan Nilai
:
Kerajinan, bekerjasama, semangat menjaga keharmonian persekitaran
Elemen Teori Kecerdasan Pelbagai
:
Kecerdasan verbal lingustik, kinetik
Kemahiran Berfikir
:
menyelesaikan masalah , merumus, membuat klasifikasi/kategori
Kemahiran Belajar
:
Kemahiran menjawab soalan, mendengar, memerhati
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
:
Powerpoint,  papan aktiviti ( tong kitar semula)





Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan

Set Induksi
( ± 3 minit )

“Adakah murid-murid suka tempat ini?”

Jawapan yang disangka: Kebanyakan menjawab tidak.

“Apakah yang mengakibatkan tempat pembuangan sampah ini menjadi kotor?”

“Adakah murid tahu sesetengah sampah mempunyai kegunaan yang lain?”

“Apakah cara menguruskan tempat pembuangan sampah dengan lebih baik dan berkesan?”
Jawapan yang disangka: Kitar Semula






1.    Guru mempamerkan gambar tempat pembuang sampah.
2.    Guru mengemukakan soalan.


BSPP :Powerpoint

TBK:
ð  Verbal linguistik

Nilai :
ð  Kerajinan


Langkah 1
( ± 7 minit )


“Apakah 5R?”
Reduse, Reuse, Recycle, Repair, Rethink


“Apakah kepentingan Kitar Semula?”



1.    Guru memperkenalkan dan menerangkan 5R kepada pelajar.
2.    Guru menerangkan tentang kitar semula dan menjelaskan kepentingan kitar semula.

BSPP :
ð  Powerpoint

Nilai :
ð  Kerajinan
ð  Aktif


Langkah 2
( ± 10 minit )






“Apakah yang murid-murid dapat selepas menonton video ini?”

1.    Guru menayangkan video mengenai Kitar Semula.
2.    Guru mempamerkan lirik lagu “Kitar Semula”.
3.    Sesi nyanyian Lagu Kitar Semula dijalankan.


BSPP :
ð  Powerpoint

Nilai :
ð  Kerajinan
ð  Aktif

Langkah 3
( ± 7 minit )

Arahan:
“Permainan ini bernama “Lets Throw”. Sekarang guru akan memberi sekeping papan kepada setiap kumpulan.  Terdapat 3 tong sampah dan pelbagai jenis sampah sarap yang dilekat di atas papan itu. Murid-murid dikehendaki membuang sampah-sarap ke dalam tong sampah yang betul.

1.    Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan.
2.    Guru memberi arahan.
3.    Permainan “Lets Throw” dijalankan.
4.    Guru memeriksa jawapan pelajar.

BSPP :
ð  Powerpoint

Nilai :
ð  Kerajinan
ð  Aktif


Penutup
( ± 3 minit )


“Kitar semula amat penting dalam kehidupan harian kita. Kitar semula boleh dijalankan di sekolah dan rumah. Mari kita bermula di kelas kita!!”

“Cikgu ingin kamu semua membuat tong sampah kitar semula di kelas kita. Jom Kitar Semula!!”
1.    Murid dikehendaki menyanyi lagu Kitar Semula sekali lagi.
2.    Guru membuat rumusan.
3.    Pemberian projek membuat sudut kitar semula di dalam bilik darjah.

BSPP :
ð  Powerpoint

Nilai :
ð  Kerajinan
ð  Aktif



 Bahan 3D- papan tong kitar semula

Tong Kitar Semula
Membahagikan Jenis Bahan Buangan Ke Dalam Tong Kitar Semula









LAMPIRAN A
MODEL ASSURE
LANGKAH
HURAIAN MODEL
HURAIAN ANALISIS
1
A-   Analyse learner( Analisis ciri-ciri pelajar)
·         Kumpulan sasar terdiri daripada Tahun 5
·         Diandaikan murid cisual oriented, kecerdasan sederhana.
·         Persekitaran luar Bandar.
2
S-State objectives(menyatakan objektif)
·         Klip video dan board kitar semula  dapat diganakna dalam P&P Pendidikan Sivik dan Kewargenegaraan Tahun 5
·          Hasil pembelajaran:
      i.        Melibatkan diri dalam penjagaan kemudahan awam dan persekitaran.
    ii.        Menjaga kemudahan awam dan persekitaran.

·         Merangka aktiviti (guru & murid ) sebagai bahagian daripada rancangan pengajaran (rujuk Lampiran D)

3
·         Sselect Methids, Media & Materials (Memilih kaedah, Media & bahan)
·         Klip video
·         Klip video itu digunakan dalam sesi pengajaran (boleh digabungkan dalam langkah 2)
·         Board kitar semula
·         Board kitar semula boleh digunakan dalam sesi pengajaran (boleh digabungkan dalam langkah 3)
4
U- Utilize Media & Materials ( Menggunakan media dan bahan )
Dilakukan dalam sesi kemuncak dalam pengajaran
5
r- Require Learner Particapation (Memerlukan  Penyertaan Pelajar)
Murid-murid dijemput bersama untuk menonton hasilan tersebut semasa perkembangan .
6
E- Evalute & Revise ( Menilai dan Mengualngkaji)
Segala rspons pelajar dengan rakan dalam sesi ini dicatat untuk membuat penambahbaikan .






















LAMPIRAN B
                                                PAPAN CERITA ( STORY BOARD)
BIL.
ULASAN SUARA
( NARRATION)
VISUAL
(video/animasi/gambar/foto)
AUDIO (muzik latar/ kesan khas)
JUMLAH MASA
CATATAN
Skrip
Masa
Bahan
Masa
Bahan
Masa
1
Permulaan

video



17s

2
Memperkenalkan tong kitar semula

video



23s

3
Menjelaskan kegunnaan tong kitar semula

video



36s

4
Nyanian lagu

video



34s

5
Pembuangan sampah ke tong kitar semula mengikut jenis

video



122s

6
Penutup

video



20s


LAMPIRAN C
SENARAI SEMAK PENGGAMBARAN
BIL
BAHAN ( FOTO/VIDEO)
LOKASI
DESKRIPSI
JANGKA MASA
CATATAN
1
Skrin permulaan


17s

2
video

Memperkenalan tong kitar semula
20s

3
video

Menjelaskan kegunaan tong kitar semula
36s

4
video

Nyayian lagu
34s

5
video

Membuang sampah ke tong kitar semula
122s

6
video

penutuo
20s





LAMPIRAN D
RANCANGAN AKTIVITI PENGAJARAN
LANGKAH
AKTIVITI PENGAJARAN
KAEDAH
CATATAN
GURU
MURID
SET INDUKSI
Guru menanya murid adakan suka tempat kotor dan cara mengurus terbaik sampah sarap.
Murid menjawab soaaln.
Soal jaeab

LANGKAH 1
Guru menanya murid apakah maksud 5R dan kepentingan kitar semula?\.
Murid jawab soalan
Soal jawab

LANGKAH 2
Guru menayangkan klip video “ tong kitar semula”.


Guru meminta murid menanyikan lagu Kitar Semula.



Murid menonton klip video.




Murid menanyi lagu Kitar Semula.
Tanyangan





Nyayian

LANGKAH 3
Guru minta murid  menyelesaikan aktiviti “Let throw” dalam kumpulan.
Murid menghasbiskan aktiviti selama 4 minit.
Berfikir
Terdapat banyak jenis sampah sarap, murid dihendaki membuang sampah ke tong kitar semula yang tepat dengan meningati lagu kitar semula.
PENUTUP
Guru merumud isi pelajaran

Guru mrminta murid membuat tong kitar semula.






RUMUSAN
Sebagai satu disipin tersendiri, reka bentuk pengajaran telah banyak berkembang, bergantung pada guru untuk memilih dan mengaplikasikan reka bentuk yang sesuai digunakan dalam perancangan pengajarannya. Pemilihan yang tepat pasti dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah berjalan lancar dan berkesan. Pemilihan yang tepat juga akan dapat menjimatkan masa, membantu pemahaman pelajar, mempercepat dan mengukuhkan pembelajaran.
Perancangan pengajaran-pembelajaran bilik darjah harus melibatkan penentuan objektif,pemilihan isi pelajaran, media, dan kaedah selaras dengan sasaran. Aplikasi model ASSURE dapat menjadikan perancangan pengajaran pembelajaran berkesan. Penggunaan media juga digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran  dalam kelas. Ia bukan sahaja untuk meningkatkan minat dan pemahaman pelajar terhadap pengajaran guru, malah penggunaan media dapat mengatasi pelbagai kekangan guru dalam menguruskan pangajaran di billik darjah.
Kesimpulannya, perancangan pengajaran yang baik dapat menjamin pencapaian objektif atau hasil pembelajaran yang dirancang. Guru yang mengaplikasikan reka bentuk pengajaran dalam perancangan penyampaian pengajaran akan dapat menjadikan pelajarnya jelas dan berkesan.